Kata-kata Mutiara

Hari ni kata-kata mutiara yang diterima menerusi chat watsapp sungguh menusuk ke hati.  Bila ku baca, terbayang diri ni terpancar … sungguh mengena kata-kata tersebut. Ini lah aku sebenarnya 😦  Ini lah aku, hamba Tuhan yang masih kekurangan dan penuh dengan dosa-dosa yang ibarat buih di pantai, tak habis-habis menghampiri diri ni.  Astaghfirullah! 😂

Ini lah kata-kata ibarat “klorok” yang perlu ku jirus ke dalam jiwa dan hati ku :

“Aku berkata “Astaghfirullah”
tetapi hatiku masih gemar akan maksiat.
Aku berkata “wa atubu ilaih”
tetapi jasadku masih melakukan dosa yang sama.

Aku berkata “wa nadimna ya Allah”
tetapi kesalahan lalu masih kuulangi.
Aku berkata “Subhanallah”
tetapi aku tidak mampu menghayatinya.

Aku berkata “Alhamdulillah”
tetapi aku masih tidak bersyukur dengan kurnia-Nya.
Aku berkata “Allahu akbar”
tetapi cintaku lebih kepada dunia.

Aku berkata “ma fi qalbi ghairullah”
tetapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku berkata “aku tak layak ke syurga tetapi aku tak sanggup ke nerakaMu”
namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.

Aku berkata aku ingin mendekati-Mu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaan-Mu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan sia-sia..

Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan … aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa.

Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”

Astaghfirullahal ‘adziim..

 

Advertisements

3 thoughts on “Kata-kata Mutiara

  1. Sri Ismail says:

    Punya sayang Allah kat kita kan Busu walau kerapnya kita lupa padaNya n beraninya kita terus lalai.Punyalah Allah sayang kat kita sebab Allah ciptakan Taubah untuk kita, kembali padaNya.Punyalah selenger kita yang masih relek untuk cepat2 ambil offer dari Allah itu 😦

    • The Servant says:

      Busu setuju benar dgn kata-kata Sri …. Moga kita digolongkan antara hamba2Nya yg selalu bertaubat padaNya… Insya Allah!

  2. abdun navi says:

    bagus artikle y hehehe
    ttp smgd juang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s