Seminar wanita – Cabaran wanita masakini

30 Jun 2012. – Hari ni pagi2 dah gi Masjid Sultan ….. bersama kedua-dua anak saudara ku, kami tiba di sana pada pukul 8,50 pagi.

Alhamdulillah …. satu hari berada di sana, bukan setakat ilmu yang kami dapat tapi peluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan yang lama tak jumpa seperti Dora, Sri Pinky, Tuty, Mariam, Hamiza, Shanaz, Lynn dan G.

Terubat hati yang sangat-sangat merindui mereka …. syukur amat-amat.

Yang paling istimewa, kehadiran kedua-dua ustadhah yang amat dihormati iaitu Ust. Maimunah Alhabshi dan Ust. Halimah Alaydrus (dari Indonesia).

Kedua-dua ku sayang … bukan sahaja kerana mereka berdua insan yang berilmu, bukan saja kerana mereka wanita-wanita teladan tapi sebab mereka mempunyai ciri-ciri hamba Allah yang Allah cintai.  Aku yang daif dan hina ini, hanya mengharapkan yang rasa sayang ku pada mereka dapat memberi keberkahan pada diri ini di pandangan Allah s.w.t.

Aku hanya mohon dapat kepercikan dari barakah mereka yang di kurniakan Allah s.w.t. pada mereka.

Alhamdulillah …. Alhamdulillah … seperti yang ku mohon pada Allah s.w.t., topik hari ini sangat yang ku perlukan …. setiap kata dan setiap perkongsian ibarat melentuh hati ini dan memampatkan muhasabah diri ini ….. Alhamdulillah krisis yang ku alami sekarang terhurai sudah.  Alhamdulillah Ya Rabb!

Pada mula acara, kami di dendangkan dengan alunan Qasidah, kemudian selepas sesi rehat selama setengah jam, bermula sesi pertama syarahan dari Ust. Maimunah.

Ust. Maimunah berbicarakan hal mengenai cara memaafkan seseorang dan cara bersabar terhadap cobaan hidup. Dengan hujah yang padat dan petikan dari ayat-ayat suci Al-Quran, kami di beritahu bahawasanya Islam membenarkan kita memperolehi keadilan dengan cara yang saksama dan lebih lagi menggalakkan untuk seseorang memaafkan kesilapan orang lain …. dan bahawasanya Allah s.w.t amat suka pada mereka yang pemaaf dan tidak suka pada yang zalim.

Ust. Halimah datang selepas zuhur dan topik yang dikongsinya ialah Soal hati.  Sesungguhnya hati terbagi kepada tiga bahagian …. iaitu emosi (ghorab? tak pasti adakah betul ejaan perkataan ni), nafs (syahwat) dan hakim (kebijaksanaan berfikir).

Dikongsinya cara-cara untuk membebaskan hati dari rasa marah, dengan petikan dari hadis Rasulullah s.a.w., berkongsi cerita Rasul s.a.w., cerita dari sahabat Rasulullah s.a.w. , cerita dari al-kisah Khadijah, sahabat Ustadhah semasa di Tarim, dan cerita kehidupan Ustadhah sendiri.

Bagaimana kita ada pilihan untuk tidak ikut marah pabila orang lain marah pada kita, bagaimana wuduk dapat membantu mengurangkan rasa marah dan yang paling ku suka, tips bahawasanya setiap yang dilakukan seseorang, tak kira adakah ianya perkara baik atau yang kurang disukai …. semua ini tidak akan dapat terjadi tanpa izin Allah s.w.t. Maka itu harus kita ingat dan latih diri kita pabila menghadapi situasi begini agar jangan mudah marah kerana tidak mungkin perkara itu boleh berlaku kalau bukan kerana dengan izin Allah s.w.t.

Bagaimana doa itu betul-betul senjata orang-orang muslim, dan kita harus latihkan diri untuk sentiasa mendampingi Allah s.w.t dan mohon pertolongannya lagi-lagi kalau isu yang kita hadapi ialah berunsur hal manusia.  Sebabnya ialah hati setiap insan ada digenggaman Allah s.w.t. dan hanya Dia yang akan menentukan hati seseorang diberi hidayah atau tidak.

Very powerful indeed …. kedua-dua ceramah memberi kesan yang mendalam dalam diri ku.  Tidak dapat ku kongsi semuanya di sini …. tapi harap apa yang ditulis memberi manfaat kepada diri ku dan para pembaca blog ini.

Sesungguh yang baik dari Allah dan yang jahat dari diri ku sendiri.

Mohon maaf jika ada silap dan salah dalam penulisan ini.

Moga bermanfaat.

Khalas!

 

Advertisements

2 thoughts on “Seminar wanita – Cabaran wanita masakini

  1. Sri says:

    Alhamdulillah!Bestnyerr dapat berjumpa kawan2 lama!When I read those names,my heart felt so warm all over sebab rindu sangat…sigh..those halaqah moments.Thanks for sharing the bits Busu.Macam kita yg tak dapat hadir ni pun dapat jugak ilmu dari sini,jazakillahu khairan ❤ Have a great weekend Busu and take care 🙂

    • The Servant says:

      Yes sri…. I miss those halaqah moments too 😦
      Insya’Allah mana tahu di akhirat dapat kita berkumpul bersama dalam bulatan lagi, “will be together with those they love” …insya’Allah 🙂

      Alhamdulillah, sharing is caring. I love you sister of my heart ❤
      Happy weekends to you and family *muuahhhh*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s